California Kelabu
California Kelabu

California Kelabu

California Kelabu adalah satu baka ayam yang berasal dari California, Amerika Syarikat pada tahun 1930an. Ia mula dibiakkan oleh Horace Dryden di Modesto, California.[4]:432 Tujuan beliau adalah untuk menghasilkan satu baka dual-guna yang sesuai untuk industri pengeluaran daging dan menghasilkan telur putih bersaiz besar. Beliau telah mengacukkan seekor ayam jantan Plymouth Rock Berbelang dengan ayam betina Leghorn Putih. Kacukan baka-baka ini telah menghasilkan satu baka penjantinaan automatik dengan bulu berbelang kelabu (bagi ayam dewasa). Di sebabkan baka ini tidak pernah diiktiraf secara rasmi oleh Persatuan Unggas Amerika untuk pertunjukan, California Kelabu adalah baka yang jarang dibiakkan pada kurun ke-21.[2] Ia tidak tersenarai sebagai senarai keutamaan pemuliharaan oleh Livestock Conservancy.[5]Ayam jantan California Kelabu yang dikacukkan dengan ayam betina Leghorn Putih telah menghasilkan hibrid pautan seks komersial California Putih, dan mungkin dikenali sebagai "produksi hitam".[1]

California Kelabu

Warna telur putih
Negara asal Amerika Syarikat
APA tidak tersenarai[3]
Berat Jantan: 2.5 kg (5.5 lb)[2]
Nama lain Produksi hitam[1]